Pengurusan Kes Salah Laku Penjawat Awam

ASSalam, Jika Pelajar melakukan kesalahan, kita menghukum dan mengadilinya..jika Guru Sekolah/Pensyarah IPG/Pegawai Pendidikan melakukan kesalahan, maka perlu juga diberi hukuman. Yang pasti, sebagai Kaunselor Berdaftar saya ingin menasihatkan kepada semua Pengurus/Kepimpinan Tertinggi sesebuah organisasi itu perlu melakukan seperti berikut:KES ETIKA PERKHIDMATAN AWAM 1. Contoh:Pengarah dan Timbalan Pengarah memanggil Yang Tertuduh, Membacakan Pertuduhan dan Memberikan Amaran Lisan Berekod.2. Melakukan Kesalahan lagi, 3.maka Pengarah memberikan Surat Tunjuk Sebab dan Perlu Dijawap oleh Tertuduh Dalam Masa 7 hari. 4. Jika melakukan lagi, maka Laporan Bertulis hendaklah diberikan kepada Unit Tatatertib, BPsM, KPM, E12, Parcel E, Putrajaya dengan kadar segera. Untuk kes salah laku Gangguan Seksual dan Dadah, maka tindakan drastik seperti mengumpulkan laporan, Aduan Mangsa serta bekerjasama bersama Kaunselor Berdaftar di organisasi anda adalah perlu dan segera dilaporkan kepada pihak Unit Tatatertib, BPsM, KPM dengan kadar segera untuk nasihat dan tindakan keras. Maklumat lanjut, taip je goggle tu...ok...semoga membantu anda...

Comments