explore lah This Blog

Saturday, June 7, 2014

mengapa perlu .......

as salam. 

banyak kali berperang sangka atau bersangka buruk atau bersangka baik berlaku dalam diri kita, suami kita, isteri kita, jiran kita, ipar duai kita, mentua kita, bapa-bapa atau ibu-ibu saudara kita dan semuanya yang bergelar manusia.



sehinggakan Alloh swt 'mengeluarkan surat siaranNya" kepada utusanNya iaitu yang kita cintai Muhammad SAW iaitu:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)

oleh itu, sebagai solusinya....tak perlu lah kita fikirkan apa yang orang lain fikir pada kita, tak perlulah kita ingat apa orang lain cakap dan tak perlulah kita kisah sangat jika apa yang kita buat tu selagai ikhlas dan betul jalan syariatnya-teruskanlah perkara atau kerja buat itu. 

Bak kata Ustaz Pahrol (Majalah SOLUSI) :
" ...dah tau kita dosa banyak, janganlah ditambah dosa-dosa lain pula. cuba banyakkan buat pahala walaupun sekecil apa jua pun!..."

ok itu post kali ini sebelum aku meneruskan kerja thesis ku....(ni biasa ku buat bila nak memulakan penulisan ilmiah, In sya Alloh.
-hasbullahROY

Thursday, June 5, 2014

Kem Sains dan Matematik: SEAMEO-RECSAM Tahniah adik-adik peserta KEM !

Pusat Serantau Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) adalah sebuah perbadanan multinasional pendidikan beribu pejabat di Pulau Pinang, Malaysia. Ia adalah salah satu pusat penubuhan SEAMEO, Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara Pertubuhan. SEAMEO telah ditubuhkan pada 30 November 1965 sebagai sebuah organisasi bertauliah antarabangsa yang tujuan adalah untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan di Asia Tenggara.Since penubuhannya pada tahun 1967, Recsam telah membantu dalam pembangunan utama tenaga kerja pendidikan dan berkhidmat sebagai pemangkin kepada kemajuan sains dan matematik di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi negara-negara anggota ASEAN.

Terima Kasih kepada Pengarah RECSAM Penang, Y.Brs Dr Hj Mohd Johan Zakaria kerana sudi menjemput saya hadir bersama anak-anak remaja hebat Pulau Pinang 2014 kali ini. Tak Lupa kepada semua kakitangan hebat RECSAM (Urusetia Pn Hazura, Reception Asrama,Pn Som/Kak Su dan Pemandu, En Micheal) dan lain-lain kerana banyak membantu saya semasa di sini.
Semoga Alloh swt memberkati kalian semua, aamiin.

bahan ceramah saya disini:
http://www.slideshare.net/cikgulah/motivasi-kem-sains-dan-matematik-recsam-penang-2014-june-5th