3 perkara untuk kesejahteraan iman

3 pengajaran untuk mengekalkan iman-
1. Hati- didiklah hati dengan 5 perkara iaitu i) baca Quran dengan maknanya.selepas itu laksanakanlah amalan;2)dirikanlah solat malam-usahakan solat tahajjud di sepertiga malam...susah ke?bila lagi ?nak tunggu apa lagi?hidup itu pendek!; 3)berkumpulah dengan orang soleh/solehah- bilakah kali terakhir kita bersama-sama alim ulama? bilakah kita kali terakhir makan semeja dengan orang alim?
kawasan sekitar Yayasan Al Jenderami tersedia juga
showroom, perpustakaan,hotel, masjid,
restoran, warung di situ
bilakah kali terakhir kita mengunjungi maahad tahfiz yang berhampiran dengan rumah kita?bila? bila? itu belum ke rumah anak yatim lagi tu?sedangkan Rasullullah SAW pernah bersabda yang maknanya antara anak yatim dan aku sangat dekat.jadi, bila nak ke sana? sanggupkah kita bawa anak-anak kita turut sama ke lawatan rumah anak yatim itu? sanggup pula atau selalu pula bawa anak-anak dan famili ke Pusat Sains, KLCC setiap tahun?ke rumah ulama, ke rumah anak yatim bila lagi?jangan tanya penulis kerana penulis sampaikan ini sebab dah pernah buatlah maka penulis minta rakan-rakan pembaca blog siap-siap untuk laksanakan amanah ini!pergi lah...cuba pergi Yayasan Al al Jenderami, dekat Jenderam sana.bukan sahaja kawasannya sangat islami malahan hotel pun disediakan di kawasan Yayasan itu untuk kemudahan pengunjung nginap dan merasakan bagaimana bersolat beramai-ramai di situ.amat mengujakan!; 4)
zikir yang terbaik
zikir-berzikirlah walaupun sedang memandu kereta atau menunggang motosikal berkuasa sederhana atau tinggi! secantik-cantik zikir adalah tiada tuhan melainkan Alloh swt; 5) berpuasa- bab ini penulis agak sukar untuk melaksanakan cuma kelebihannya amat besar sehinggakan Alloh swt menyediakan 1 pintu di syurga yang khusus untuk mereka yang suka berpuasa.
antara hikmah berpuasa
ada seorang rakan baik penulis bernama Tn Hj Ahmadrofi Harun, kaunselor organisasi/Ketua Unit Psikologi & Kaunseling di IPG Kampus Darul Aman, Alor Star, Kedah, Malaysia yang sentiasa berpuasa Isnin dan Khamis!jika penulis nak ajak ngeteh/minum bersama-penulis terpaksa ajak beliau pada hari BUKAN Isnin dan Khamis!
Yang ke 2- untuk mengekalkan iman Hindarilah/Avoid dengan group orang yang suka berprasangka buruk- group orang yang berfikir negatif- group orang yang rendah motivasi- group orang sentiasa mencarut, kata-kata negatif, fitnah, group ngumpat (kini- ngumpat pun da ada di whats app, Fb, twitter!) dan group-group yang lain lah...walaupun begitu, jika seandainya terpaksa juga-usahakanlah kita berikan mereka kata-kata indah dan petikan-petikan maksud hadis agar mereka sedikit sebanyak tahu bahawa kita sangat positif dan berprasangka baik pada semua orang! untuk hindari ini memang agak sukar kita nak buat tetapi percayalah adalah berbaloi jika kita mengetahui siapa kelompok-kelompok itu agar kita berwaspada sentiasa. Yang ketiga- pada kesempatan akan datang berikutan  waktu subuh da nak sampai ni....penulis akan sambung lagi! AsSalam.

Comments