perkahwinan merupakan anugerah yang tak terhingga kepada mana-mana insan di dunia. kenikmatan dalam perkahwinan bukan sahaja kepada kehalalan dalam persetubuhan tetapi lebih luas malahan dalam Islam hubungan itu merentasi sehingga selepas kematian insan! post kali ini merupakan panduan untuk semua yang bergelar suami -pemimpin agung dalam keluarga, dalam rumahtangga. anda tidak perlulah berkata: Wah!ini cerita ceriti penulis sendiri ini!ini kisah dia ni! semua itu akan menrencatan motivasi anda untuk menimba ilmu! Setiap dalam kehidupan-mana yang baik dan yang buruk perlua dijadian teladan. bagaimanakah hendak dijadikan teladan seandainya kisah, pengalaman itu diperap dalam kepala sahaja!mana yang baik hendaklah disampaikan secara bijaksana,benar, menyampaikan. itu pesan Muhammad SAW, penghulu kita! Tidak dinafikan untuk menjadi seorang suami -amat memerlukan kemahiran dan inovasi-inovasi, kreativiti, cindanan(humor), keagamaan, maklumat-maklumat kecantikan wanita/lelaki/kanak-kanak/orang tua. dalam melayari kehidupan bersama pasangan/isteri adalah amat kompleks. saya sering menganggarkan kehidupan bersama pasangan seperti : usia perkahwinan 1-5 tahun adalah perkenalan;usia 6-10 tahun membentuk kesefahaman;usia 11-15 tahun penyegaran hubungan/refleksi hubungan; 16-25 tahun adalah pembentukan semula arah tuju keluarga; dan 26 hingga 36 tahun adalah masa bersama dalam persediaan sebelum kematian! sudah tentu akan banyak pro dan con dalam apa yang saya perkatakan ini. tak kisah lah, asalkan pembaca tau bahawa setiap kehidupan insan ada tahap-tahapnya .sedangkan untuk mencapai syurga sahaja, berapa tahap yang harus insan itu lolos dalam sekatan antaranya menjawap soalan di alam barzah, meniti titian sirat dan pelbagai lagi pemeriksaan malaikat (atas arahan Alloh swt) yang ada (rujuk pakar/ustaz). namun apapun, konteks penulisan ini adalah untuk memberikan panduan dan perkongsian kepada pembaca bahawa dalam hubungan bersama wanita mulia bergelar ISTERI - anda harus sentiasa peka dan berani melontarkan persoalan kepada mereka khususnya kepada pembaca yang sudah mencapai usia perkahwinan 11 hingga 15 tahun perkahwinan. di kala ini sesebuah institusi keluarga sudah mencapai kematangan dalam pelayaran kehidupan dengan beberapa contoh iaitu memiliki 2 kereta, pembelian rumah kedua atau ketiga, telefon bimbit canggih, sudah memiliki simpanan tabung haji atau boleh jadi simpanan sudah memulai kurang; pertambahan hutang kad kredit yang melampau dan sebagainya. di kala usia sebeginilah, bagi saya ia nya rumit dan agak sukar malahan ada kalanya terjadi bibit-bibit awal keretakan hubungan, pertindanan kepercayaan kepada isteri/suami, rasa cuak, rasa tidak puas hati, rasa kewangan semakin teruk, rasa hubungan seksual sudah tidak semanis seperti dulu-dulu, rasa diri sudah secantik seperti dulu, rasa diri gemuk/buncit, rasa cemburu melihat isteri/suami ada banyak hubungan aplikasi whatsapp-telegram-sms-FB-tweeter,weechat, bimbang kehilangan, dan macam-macam lagi.itu belum menyentuh tentang pengurusan masa depan anak-anak dari segi sekolahnya, pemilihan sekolah selepas UPSR ke, PT3 ke atau SPM ke...dan lain-lainnya. untuk suami, tahap 11-15 tahun perkahwinan ini anda perlulah SEMAK semula peranan anda sebagai suami! berterus terang kepada pasangan adalah sebaiknya.tak kisah lah sama ada dalam SMS, email asalkan suami berterus terang dengan menceritakan apa yang ada alam hati kerana saat ini adalah penting andai tidak, maka akan terjadi sebaliknya. suasana masyarakat melayu dan bangsa timur adalah kurang pengungkapan diri/self-disclosure. andai ada program reunion misalannya, isteri hendak ikut sama-sebagai suami anda perlu sokong kerana ini adalah hikmah siraturrahim yang kita umat islam tahu bahawa besar pahalanya.cuma, suami hendaklah berikan sedikit pesanan bahawa:hanya bersiraturrahim dan tidak lebih dari itu.begitu jugalah kepada suami yang hendak ke program itu, beritahu isteri yang sama juga. Kekuatan dalaman pada suami hendaklah dibina seperti memantapkan kefahaman agama, memantapan kemahiran komunikasi, pemantapan hubungan seks-posisi seks -urutan khas kepada isteri-perlulah digali lagi maklumat itu. isteri tidak akan mengungkapkan ketidakpuasan hatinya melainkan melalui ucapan-ucapan bermakna TERSIRAT! satu contoh: termasuklah isu dalam pemilihan kereta baru!isteri ada pilihan kereta mereka!berilah peluang kepada isteri dan bertanyalah wahai sang suami-mengapa perlu dibeli kereta itu?!percayalah,isteri sudah sedia dengan alasan demi alasan mengapa kereta itu harus dibeli suami!untuk perbualan- jangan semasa dalam kereta sahaja tetapi termasuk dalam SMS atau talian multimedia mereka. suami juga harus tahu -harus berani tahu- siapa bekas kekasih isteri! ha!...adakah isteri ku ini dahulu mempunyai kekasih? hai, ingat lah sikit brader suami-bukan para suami sahaja ada bekas kekasih masa sekolah-sekolah dulu...isteri pun manusia juga..bersekolah juga macam orang lain, kan! jadi, tak adil lah jikalau kita menilai isteri negatif! ada pepatah mengatakan kesetiaan isteri jauh lebih hebat berbanding suami! mereka sanggup berkorban dan sanggup mengenepikan semua hal itu-hanya untuk anda SUAMI! dari tindakan psikologikal= kesan anda mengetahui siapa bekas kekasih lama mereka itu-akan membuatkan ANDA=SUAMI akan BERMOTIVASI untuk re-check semula 'kekuatan dan kelemahan diri anda!' tanyakan pada diri anda: Apakah aku masih kacak lagi sekarang? Apakah zakar aku masih kuat seperti dahulu? Apakah aku masih 'caring' seperti aku bercinta -cinta dahulu? Bilakah kali terakhir aku memberikan hadiah istimewa untuk isteri ku? Bilakah aku bercuti bersama-sama isteri? bilakah kali terkhir anda menyuapi isteri? menguruti isteri? memandikan isteri? mencium kemaluan isteri? menyikat isteri? memanggil isteri di khalayak ramai: Sayang! atau mencucikan isteri selepas dia membuang air besar? semua ini perlulah berlaku di ambil tahu...di ulang....di ambil tahu ketika usia 11-15 tahun perkahwinan! bagi mereka yang tidak tahu, jangan malu untuk mencari seorang pakar seperti kaunselor bertauliah, bukan kaunselor sekolah!kaunselor organisasi seperti di hospital, badan-badan kerajaan, NGO dan sebagainya. kenalilah rakan-rakan terbaik isteri/suami, dapatkan nombor telefon mereka itu atau sekurang-kurangnya tahu alamat FB, bagi yang berani - jemput mereka dalam majlis-majlis harijadi anak untuk anda (para suami) megenali siapa kawan terbaik isteri kita. bagi saya, mengenali dan ingat nama-nama rakan terbaik isteri sudah mencukupi. menyentuh kemahiran berkomunikasi pula-ingat bukan maksud saya anda mahir public speaking!tetapi anda mahir dalam memulakan perbualan dengan isteri dengan topik-topik kecantikan seperti pendora, bokitta, dan nama-nama yang mungkin aneh pada suami tetapi trendy pada isteri! anda-para suami harus tahu.bukan susahpun, cari 'mufti' google sahaja!jawapannya ada disitu.siap dengan maps dan imej lagi!
oleh itu,dengan paparan kali ini akan membantu semua para suami dan isteri di luar sana. sekiranya ada pendapat lain yang berbeza dengan saya -itu adalah hak mereka, hak anda untuk menilainya. yang terpenting-adalah kita!hendak berubah atau hanya seperti itu-itu sahaja. pos akan datang , akan ada cerita lain pula. apa yang dipaparkan ini hanyalah perkongsian ikhlas dari saya sebagai pengamal kaunseling bertauliah- yang ada kisah itu datang dari kisah-kisah warga kerja di institusi pendidikan, dari kisah-kisah di LPPKN, kisah di balik tirai besi penjara, kisah-kisah dari pejabat agama atau mahkamah syariah, media-media dan sebagainya. semoga perkongsian ini memberikan sedekah akhirat untuk saya dan isteri dalam 'mengejutkan' suami-suami mulia di luar sana untuk ikut bermuhasabah/refleksi diri agar rumahtangga yang dibina berbelas-belas tahun atau berpuluh-puluh tahun kembali semarak semula! sayangi isteri, sayangi suami, sayangi semua insan di sekeliling anda.....aamiiin YRA.
oleh itu,dengan paparan kali ini akan membantu semua para suami dan isteri di luar sana. sekiranya ada pendapat lain yang berbeza dengan saya -itu adalah hak mereka, hak anda untuk menilainya. yang terpenting-adalah kita!hendak berubah atau hanya seperti itu-itu sahaja. pos akan datang , akan ada cerita lain pula. apa yang dipaparkan ini hanyalah perkongsian ikhlas dari saya sebagai pengamal kaunseling bertauliah- yang ada kisah itu datang dari kisah-kisah warga kerja di institusi pendidikan, dari kisah-kisah di LPPKN, kisah di balik tirai besi penjara, kisah-kisah dari pejabat agama atau mahkamah syariah, media-media dan sebagainya. semoga perkongsian ini memberikan sedekah akhirat untuk saya dan isteri dalam 'mengejutkan' suami-suami mulia di luar sana untuk ikut bermuhasabah/refleksi diri agar rumahtangga yang dibina berbelas-belas tahun atau berpuluh-puluh tahun kembali semarak semula! sayangi isteri, sayangi suami, sayangi semua insan di sekeliling anda.....aamiiin YRA.
Comments